Haa. Kalau semua orang nak tahu,saya ada beberapa cerita tentang kenangan pahit. Saya nak cerita pasal satu kenangan pahit yang tak dapat saya lupakan...
AKIBAT TERLUPA ZIP!
Aku merupakan salah seorang ahli pasukan sorak sekolah. Pada suatu hari aku ada pertandingan yang memang kami semua tunggu-tunggu. Aku bergegas ke bilik air dan menukar pakaian kerana sampai ke sekolah agak terlewat. Dalam keadaan kelam-kabut,aku terlupa untup zipkan beg yang aku bawa. Aku berlari ke dewan tempat pertandingan diadakan sambil membawa begku. Tak disangka-sangka,pakaian dalam yang aku bawa terjatuh dari beg. Pada mulanya,aku tak perasan,namun setelah beberapa ketika,ada seorang lelaki membuat pengumuman kepada peserta,tentang keciciran pakaian dalam. Muka aku terus bertukar dan kau memeriksa begku. Memang sah,itu aku yang punya. Aku pun pergi ke meja sekretariat dan meminta semula pakaian aku itu dengan muka merah padam. Aduh,malunya aku. Ramai pula yang ada di situ semasa aku membuat tuntutan itu. Seminggu di sekolah aku diperli oleh kawan-kawan aku. Aku berharap sangat perkara seperti itu tidak berlaku lagi dalam hidup ku...
Sunday, October 25, 2009
Kenangan Pahit
Posted by ZiZiEcUdGiRl at 2:12 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 comments:
Post a Comment